Saturday 14 January 2017

Rahsia Minda Bawah Sedar

Sesungguhnya manusia yang hebat adalah manusia yang mengenal dan memperbaiki dirinya untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik dan khalifah terbaik di muka bumi ini. Antara aspek yang penting dalam mengenali kuasa minda adalah bagaimana dengan kuasa minda, kita dapat menguasai diri kita.

Kehebatan Minda Bawah Sedar mempengaruhi 88 % hidup kita namun tidak ramai orang yang mengetahui potensinya. Percayalah, jika kita betul-betul mengenal potensinya, kita akan takjub dengan ciptaan Allah pada diri kita melalui penjanaan MINDA.

Minda bawah sedar ini dijana melalui otak kanan. Contoh paling mudah untuk kita lihat adalah anak-anak kecil yang sifatnya suka perkara yang berimaginasi, positif, berani dan tinggi daya keyakinan. Makin kita membesar, makin banyak kita menggunakan otak kiri dan kurang menggunakan otak kanan.  Sebab kenapa anak-anak diibarat seperti kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkan. Ibu bapa adala penghipnotis yang paling hebat di dunia.

Hipnotis bukan pukau tapi seni mempengaruhi minda secara sedar atau tidak. Oleh kerana, hebatnya kuasa minda bawah sedar ini, maka kita perlu belajar dan memahaminya agar kita tahu bagaimana untuk mempengaruihi diri, keluarga, rakan-rakan dan masayarakat.

Data yang tersimpan di Minda Bawah Sedar sama ada benar atau salah tetap akan menjana sika dan daya tindakan seseorang. Makin banyak positif data yang tersimpan di minda bawah sedar makin positif sikap dan tindakan seseorang. Manakala, jika banyak data negatif yang dismipan, makin negatif sikap dan tindakan seseorang.

Sekian dahulu perkongsian untuk kali ini.



Karimah Abdullah
Kuasai Minda dan Hati,
Pasti Akan Kuasai Dunia.




3 Jenis Kesedaran Minda

Alhamdulillah untuk post kali ini, saya akan menerangkan lebih terperinci tentang apa itu jenis kesedaran minda. Minda kita ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu MINDA SEDAR, MINDA BAWAH SEDAR dan MINDA SUPER SEDAR.

Manusia hanya menggunakan 12 %  minda sedar dalam kehidupan seharian. Agak-agaknya bagaimana jika kita berjaya menggunakan keseluruhan potensi kuasa minda kita. Pasti hebat bukan ?

Minda sedar ialah tubuh utama kita sekarang ini, yang hanya melakukan apa yang difikirkan dan apa yang dinyatakan sahaja (logik) . Dalam kehidupan seharian, kita banyak bergantung kepada minda sedar bagi melakukan aktiviti dengan menggunakan otak kiri seperti membaca, menonton, bersukan, berborak dan banyak lagi aktiviti lain.

Manakala manusia menggunaka 88 % potensi Minda Bawah Sedar dalam kehidupan seharian. Ianya sangat peka, bersifat lurus, mengawal keselurahan badan. Ianya juga menjana sikap dan daya tindakan seseorang dalam kehidupan. Apa yang paling penting adalah minda bawah sedar ini penyimpan data dalam jangka masa yang panjang.

Antara contoh paling mudah untuk difahami untuk minda bawah sedar adalah anda mempercayai diri anda kaya dan berjaya. Maka minda bawah sedar anda akan percaya dan melahirkannya ke alam nyata. Kata-kata anda menjadi realiti antara cepat dan lambat sahaja.

Selain itu, contoh saranan atau ucapan saya "Tidak Mahu Sakit" tapi hakikatnya tubuh anda semakin hari semakin . Maka ucaplah " Saya Lebih Sihat Dari Sebelumnya". Perkataan "Jangan", "Tidak" tidak dapat cerap oleh minda bawah sedar. Berhati-hati terhadap setiap kata-kata yang diucap.

Manakala Minda Super Sedar sebenarnya membawa kepada muhasabah diri yang mencorakkan hidup anda hasil ketenangan jiwa. Apabila jiwa tenang, emosi positif barulah minda tenang dan menjadi positif. Akhirnya menghasilkan tenaga yang positif untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan cara yang terbaik.


Sekian.


Karimah Abdullah
Kuasai Minda dan Hati
Pasti Akan Kuasai Dunia.





 

Friday 13 January 2017

Rahsia Law Of Attraction







Pernah dengar Law Of Attraction ? Atau pernah dengar hukum tarikan ?
Mungkin sesetengah orang tak biasa dengar.

Sifat menarik perkara yang menarik perkara yang sama.Apa yang kita fokuskan dalam fikiran dan emosi akan menarik corak kehidupan dalam kehidupan kita.

Contoh kita fikir positif dan akan kita menarik positif. Ini mnearik tenaga gelombang akan membawa kita kepada persekitaran,pergaulan sosial dan peristiwa yang positif. Tapi jika berfikir negatif ,maka kita akan menarik perkara-perkara yang negatif.


Kesimpulannya, orang yang mempunyai gelombang getaran emosi yang sama akan merasa selesa dengan gelombang yang sama. Catherine Ponder, dynamic Law of prosperity menyatakan kita menarik apa yang kita pancarkan melalui fikiran,perasaan,gambaran minda dan tutur kata dalam hidup kita.

Oleh itu,pentingnya menjaga fikiran,perasaan,perkataan kerana ianya akan menarik kehidupan seperti apa yang kita fikirkan dan ianya merupakan permintaan atau DOA.


Jika kita sentiasa mengeluh tentang betapa malangnya hidup maka kita telah menjemput kehidupan malang dalam hidup kita. Jika sentiasa bersangka baik,maka yang baik-baik sahaja yang akan hadir dalam hidup kita.


Fikir 1 masalah,lagi 3 masalah yang datang. Hati-hati dalam bersangka-sangka. 
YOU GET WHAT YOU THOUGHT.

Sekian.


Karimah Abdullah
Kuasai Minda dan Hati,
Pasti Akan Kuasai Dunia

Rahsia Otak Kanan VS Otak Kiri





Apa yang anda nampak dari gambar di atas ? Sebelah berwarna-warni manakala sebelah lagi warna biasa sahaja.

Inilah gambar OTAK kita iaitu otak kiri dan otak kanan.Apa beza kedua-keduanya.Sudah tentu,tersangat-sangat berbeza.

Secara mudahnya, otak kanan berfungsi dalam perkembangan kecerdasan emosi atau emotional quotient (EQ). Contohnya, pengendalian emosi dan sosial, komunikasi, interaksi dengan manusia lain.

Kemampuan merasakan, mengendalikan dan ekspresi tubuh seperti menyanyi, menari, dan melukis juga kemampuan yang menggunakan fungsi otak kanan.Daya ingatan otak kanan bersifat jangka panjang.

Manakala, otak kiri berfungsi dalam hal-hal berkaitan logik dan sistem.Kebanyakan otak kiri banyak menggunakan indera utama seperti melihat,menulis. 

Secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa otak kiri merupakan pengendali intelligence quotient (IQ) iaitu kecerdasan yang berhubungan dengan belajar. Daya ingat otak kiri ini bersifat jangka pendek.


Bagaimana cara mudah nak aktifkan otak kanan ? Berbalik kepada amalan ajaran Islam. Allah dah cipta kita ni cantik dah. Dah susun cantik dah. Kenapa saya cakap macam ni? Tak caya ?

Cuba check ? Al-Quran baca mula sebelah mana ye? 
 KANAN ke kiri?
Nak makan ? Islam ajar guna tangan mana ye? 
 KANAN ke kiri ?
Nak tidur ? sunnah Nabi suruh tidur mengiring sebelah mana ye ?  KANAN ke kiri ?

Cuba check ? Jalan raya,kalau nak laju kena dok sebelah mana ye?  KANAN ke kiri?



Jawapannya semestinya KANAN. Jadi,Islam dah mengajar untuk  banyak menggunakan anggota kanan yang mewakili otak kanan.

Dua-dua bahagian otak ada fungsi masing-masing cuma kita diasyikkan untuk menggunakan otak kiri. Jarang sangat nak guna otak kanan yang mempunyai kehebatan yang luar biasa.

Diharap perkongsian ini dapat memberi pencerahan tentang kehebatan otak kanan vs otak kiri.


Sekian.


Karimah Abdullah
Kuasai Minda dan Hati,
Pasti Akan Kuasai Dunia.
 

Rahsia Kuasa Minda

 

Minda adalah kurniaan Allah yang terbaik kepada manusia dan membezakan antara manusia dan haiwan.Hakikatnya, manusia hanya menggunakan kuasa minda dalam kadar yang minimum. Jika digunakan dengan LUAR BIASA maka keputusan pasti akan LUAR BIASA .


Pernah dengar tak lagu FIKIRKAN BOLEH ? Lagu lama ini memang nampak klasik tapi impaknya tentang kuasa minda adalah sangat mendalam :




Kita adalah apa yang kita fikirkan. Memang betul.Pernah tak, cakap susah la kerja ni? Tiba-tiba rasa susah nak buat. Rasa malas dan rasa tak tahu nak buat macam mana. Itulah penangan kuasa minda.
Jom ! Kita belajar sikit tentang apa itu kuasa minda.

Kuasa Minda adalah sebuah  SISTEM KEPERCAYAAN (minda bawah sedar)  yang menukarkan kepada bentuk TINDAKAN dan SIKAP (minda sedar)

Anda pernah tengok tak orang dulu-dulu,kalau nak tidur je,mesti ketuk-ketuk bantal sebelum nak tidur dan sebut nak bangun awal atau spesifik pukul berapa. Mesti dia akan bangun mengikut apa yang dicakap tu.

Kita mesti rasa hairan, atau dak pun kita kata SYIRIK. Huhu..biar betul ketuk bantal boleh bangun awal. Rupa-rupanya orang dulu-dulu memang pandai menguasai minda. Cuma tak letak nama je.Inilah rahsianya kenapa orang dulu-dulu banyak pantang larang. Sebenarnya nak didik kita guna kuasa minda secara informal je.

Dalam kes di atas,minda telah diikat pada bantal. Kuasa minda ini diaktifkan apabila minda bawah sedardah percaya yang ketuk je bantal, terus boleh bangun pagi atau ikut pukul berapa yang disebut. Jadi,automatik,kita badan akan mengikut arahan minda  kerana ianya adalah nakhoda dan anggota lain adalah kelasi. Nampak tak bagaimana impaknya,MENARIK bukan ?

Otak kita terdiri daripada lima bahagian iaitu otak kiri,kanan,tengan,depan dan belakang. Tapi kebanyakan manusia biasanya akan dominan hanya antara otak kanan dan kiri. Manakala minda dijana ketika otak berfikir secara kritis atau kreatif.

Terdapat tiga jenis kesedaran atau kuasa minda iaitu MINDA SEDAR, MINDA BAWAH SEDAR dan MINDA SUPER SEDAR.

Nantikan sambungan RAHSIA KUASA MINDA !


Sekian.


Karimah Abdullah
Kuasai Minda dan Hati,
Pasti Akan Kuasai Dunia. 

Thursday 12 January 2017

Kejutan Sambutan Hari Jadi

Kejutan Sambutan Hari Jadi

Teks : Karimah Abdullah

cikkarimahabdullah@gmail.com

cikkarimahabdullah.blogspot.com


Alhamdulillah, pada 6 Januari 2017 yang lalu adalah hari jadi aku yang ke- 27. Alhamdulillah Ya Allah kerana masih lagi memberi nikmat umur yang panjang dan terus lagi bernafas di atas muka bumi Mu Ya Allah. Biasanya, setiap tahun tiada sambutan hari jadi sebab kadang-kala diri sendiri pun lupa nak sambut tapi alhamdulillah ada adik beradik yang mengingatkan.

Tahun ini, hari jadiku jatuh pada hari penghulu hari iaitu hari Jumaat. Alhamdulillah auranya terasa lain sedikit kerana hari Jumaat ini sangat istimewa daripada hari-hari yang lain. Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun lepas.

Untuk hari jadi tahun ini, alhamdulillah dapat menyiapkan ebook "7 Rahsia Hidup Positif " untuk diberikan kepada sahabt-sahabat difacebook bersempena hari lahirku. Ebook ini dihasilkan untuk berkongsi sedikit ilmu yang dimiliki kepada para sahabat dan inspirasi daripada penulis buku " Percepatan Rezeki dalam 40 hari dengan Otak Kanan"  iaitu Ippho Santosa  mengatakan :

Jika kamu ingin pintar ? Pintarkan orang lain (berbagi ilmu).
Jika kamu ingin sukses ? Sukseskan orang lain.
Jika kamu ingin kaya ? Kayakan orang lain.
Jika kamu ingin usaha kamu membesar? Besarkan usaha orang lain.
Jika kamu ingin impian terwujud ? Wujudkan impia orang lain.
Jika kamu ingin doa kamu terkabul ? Doakan orang lain.
Jika kamu ingin ditolong Allah ? Tolonglah orang lain.
Jika ingin dapatkan wang ? Bersedekahlah
Jika kamu ingin sihat ? Bantulah orang lain untuk sihat
Jika kamu ingin bahagia? Bantulah orang lain untuk bahagia.

Alhamdulillah dengan izin Allah, akhirnya siap juga ebook tersebut dan dikongsikan pada Jumaat walaupun dengan gaya penulisan yang tidak teratur sangat. Maka, salah satu matlamat saya pada tahun 2017 adalah membaiki gaya penulisan.

Rutin biasa aku di rumah pada hari Jumaat adalah mengemas, membasuh dan mengajar adik-adik untuk menyiapakan kerja sekolah. Yang paling terkejutnya, tiba-tiba Ayah Su,Cik Su, Atirah, Matok dan Azim datang buat kejutan hari jadi. Siap bawa kek lagi. Dah la masa tu tengah makan chicken chop di rumah dan tiba-tiba sampai kek.

Apa lagi, projek makan beramai-ramai la. Satay ada, chicken chop ada ,kek ada dan banyak lagi makanan. Makin bertambah umur, tak sangka ada yang buat sambutan mengejut pulak tapi apa-apa pun alhamdulillah diberi nikmat rezeki keluarga yang baik dan supportive.

Makin bertambah umur, makin banyak pula soalan tentang jodoh. Mata pun terkebil-kebil tengok orang yang bertanya dan jawapan paling mudah, "Doakan along ye semua". InsyaAllah rezeki tidak pernah salah alamat dan masa. Percaya kepada janji Allah, Kun Fayakun (Jadi maka jadilah) di samping berusaha.

Itulah cerita sambutan hari jadi pada tahun ini. Tak pernah disambut sebegini rupa tapi alhamdulillah rezeki Allah bagi sambut dengan keluarga. Mana tahu tahun kedepan sambut berdua pula. Aamiin.

Sekian,


Karimah Abdullah
Kuasai Minda dan Hati,
Pasti Akan Kuasai Dunia.


Inspirasi Bekerja Di Rumah

Ebook Inspirasi Bekerja Di Rumah

Teks : Karimah Abdullah

cikkarimahabdullah@gmail.com

cikkarimahabdullah.blogspot.com


Alhamdulillah saya telah selesai membaca ebook hasil tulisan Puan Masayu Ahmad yang bertajuk " Inspirasi Bekerja di Rumah". Ebook ini setebal 126 muka surat dan memiliki 13 cerita inspirasi daripada para ibu yang bergelar usahawan. 

Apa yang saya dapat simpulkan daripada ebook ini adalah berniaga itu mudah jika kita mempunyai matlamat yang betul. Berniaga ini boleh dilakukan secara dari rumah sama ada dengan kos atau tanpa kos. Apa yang paling penting adalah matlamat, perancangan yang teratur dan plan tindakan yang mantap. 

Daripada cerita di dalam ebook ini, apa yang saya lihat para ibu mempunyai matlamat yang jelas atau "BIG WHY" kenapa mereka memilih untuk bekerja sendiri dengan berniaga iaitu kerana ingin menjaga anak- anak. Oleh itu matlamat itu yang menjadi momentum untuk mereka memulakan bisnes dari rumah.

Selain itu juga, melalui perkongsian usahawanita di dalam ebook ini, kita boleh mula berniaga walaupun tanpa kos tapi melalui kemahiran yang dimiliki oleh diri kita sendiri seperti kemahiran menjahit ( Puan Dila Aris dan Nelly Sofia) dan mengajar tuisyen (Cerita Puan Mazlina Omar dan Yusnida Tajudin).

Antara perkongsian penting daripada usahawanita di dalam ebook ini adalah kepentingan mendapatakan ilmu perniagaan. Tanpa ilmu, kita takkan mampu memahami selo-belok bidang perniagaan yang diceburi. Selain itu, kuasa tindakan juga sangat penting dalam menggerakkan bisnes yang diceburi serta sokongan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan.

Minda dan hati yang positif sangat diperlukan kerana ianya dapat mengekalkan momentum kita dalam bisnes. Selari dengan peredaran zaman moden, ilmu teknikal seperti promosi secara online dan offline sangat penting bagi mengembangkan perniagaan seperti yang dilakukan oleh para usahawanita di dalam ebook ini.

Setiap cabaran dan dugaan pasti hadir dalam kehidupan terutamanya bagi sesiapa yang berniaga sendiri. Orang bisnes diajar untuk bersifat tawakal kerana gaji bulanan tidak tetap seperti orang yang bekerja makan gaji. Di situ, Allah nak uji sifat tawakal dan belajar hanya bergantung pada Allah. 

Cerita-cerita di dalam ebook ini sangat menginspirasikan wanita-wanita di luar terutamanya kaum isteri dan ibu. Sesungguhnya, manusia memerlukan ncerita kehidupan yang menceritakan realiti kehidupan yanga ada jatuh dan bangunnya bagi menjadi sumber inspirasi diri dan kayu ukur untuk menyedari kelebihan dan kekurangan diri agar dapat terus memotivasikan diri sendiri untuk berjaya di dunia dan akhirat.

Sejujurnya, saya sangat teruja membaca ebook in dan syabas diucapkan kepada semua usahawanita di dalam ebook ini dan para usahawanita di luar sana serta  kepada Puan Masayu Ahmad yang menggabungkan semua cerita inspirasi ini dalam sebuah ebook. Semoga ebook ini memberi motivasi dan inspirasi kepada usahawanita di luar sana. Tahniah diucapkan.

Sekian.


Karimah Abdullah
Kuasai Minda dan Hati,
Pasti Akan Kuasa Dunia