Thursday 12 January 2017

Kejutan Sambutan Hari Jadi

Kejutan Sambutan Hari Jadi

Teks : Karimah Abdullah

cikkarimahabdullah@gmail.com

cikkarimahabdullah.blogspot.com


Alhamdulillah, pada 6 Januari 2017 yang lalu adalah hari jadi aku yang ke- 27. Alhamdulillah Ya Allah kerana masih lagi memberi nikmat umur yang panjang dan terus lagi bernafas di atas muka bumi Mu Ya Allah. Biasanya, setiap tahun tiada sambutan hari jadi sebab kadang-kala diri sendiri pun lupa nak sambut tapi alhamdulillah ada adik beradik yang mengingatkan.

Tahun ini, hari jadiku jatuh pada hari penghulu hari iaitu hari Jumaat. Alhamdulillah auranya terasa lain sedikit kerana hari Jumaat ini sangat istimewa daripada hari-hari yang lain. Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun lepas.

Untuk hari jadi tahun ini, alhamdulillah dapat menyiapkan ebook "7 Rahsia Hidup Positif " untuk diberikan kepada sahabt-sahabat difacebook bersempena hari lahirku. Ebook ini dihasilkan untuk berkongsi sedikit ilmu yang dimiliki kepada para sahabat dan inspirasi daripada penulis buku " Percepatan Rezeki dalam 40 hari dengan Otak Kanan"  iaitu Ippho Santosa  mengatakan :

Jika kamu ingin pintar ? Pintarkan orang lain (berbagi ilmu).
Jika kamu ingin sukses ? Sukseskan orang lain.
Jika kamu ingin kaya ? Kayakan orang lain.
Jika kamu ingin usaha kamu membesar? Besarkan usaha orang lain.
Jika kamu ingin impian terwujud ? Wujudkan impia orang lain.
Jika kamu ingin doa kamu terkabul ? Doakan orang lain.
Jika kamu ingin ditolong Allah ? Tolonglah orang lain.
Jika ingin dapatkan wang ? Bersedekahlah
Jika kamu ingin sihat ? Bantulah orang lain untuk sihat
Jika kamu ingin bahagia? Bantulah orang lain untuk bahagia.

Alhamdulillah dengan izin Allah, akhirnya siap juga ebook tersebut dan dikongsikan pada Jumaat walaupun dengan gaya penulisan yang tidak teratur sangat. Maka, salah satu matlamat saya pada tahun 2017 adalah membaiki gaya penulisan.

Rutin biasa aku di rumah pada hari Jumaat adalah mengemas, membasuh dan mengajar adik-adik untuk menyiapakan kerja sekolah. Yang paling terkejutnya, tiba-tiba Ayah Su,Cik Su, Atirah, Matok dan Azim datang buat kejutan hari jadi. Siap bawa kek lagi. Dah la masa tu tengah makan chicken chop di rumah dan tiba-tiba sampai kek.

Apa lagi, projek makan beramai-ramai la. Satay ada, chicken chop ada ,kek ada dan banyak lagi makanan. Makin bertambah umur, tak sangka ada yang buat sambutan mengejut pulak tapi apa-apa pun alhamdulillah diberi nikmat rezeki keluarga yang baik dan supportive.

Makin bertambah umur, makin banyak pula soalan tentang jodoh. Mata pun terkebil-kebil tengok orang yang bertanya dan jawapan paling mudah, "Doakan along ye semua". InsyaAllah rezeki tidak pernah salah alamat dan masa. Percaya kepada janji Allah, Kun Fayakun (Jadi maka jadilah) di samping berusaha.

Itulah cerita sambutan hari jadi pada tahun ini. Tak pernah disambut sebegini rupa tapi alhamdulillah rezeki Allah bagi sambut dengan keluarga. Mana tahu tahun kedepan sambut berdua pula. Aamiin.

Sekian,


Karimah Abdullah
Kuasai Minda dan Hati,
Pasti Akan Kuasai Dunia.


No comments:

Post a Comment