Saturday 14 January 2017

3 Jenis Kesedaran Minda

Alhamdulillah untuk post kali ini, saya akan menerangkan lebih terperinci tentang apa itu jenis kesedaran minda. Minda kita ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu MINDA SEDAR, MINDA BAWAH SEDAR dan MINDA SUPER SEDAR.

Manusia hanya menggunakan 12 %  minda sedar dalam kehidupan seharian. Agak-agaknya bagaimana jika kita berjaya menggunakan keseluruhan potensi kuasa minda kita. Pasti hebat bukan ?

Minda sedar ialah tubuh utama kita sekarang ini, yang hanya melakukan apa yang difikirkan dan apa yang dinyatakan sahaja (logik) . Dalam kehidupan seharian, kita banyak bergantung kepada minda sedar bagi melakukan aktiviti dengan menggunakan otak kiri seperti membaca, menonton, bersukan, berborak dan banyak lagi aktiviti lain.

Manakala manusia menggunaka 88 % potensi Minda Bawah Sedar dalam kehidupan seharian. Ianya sangat peka, bersifat lurus, mengawal keselurahan badan. Ianya juga menjana sikap dan daya tindakan seseorang dalam kehidupan. Apa yang paling penting adalah minda bawah sedar ini penyimpan data dalam jangka masa yang panjang.

Antara contoh paling mudah untuk difahami untuk minda bawah sedar adalah anda mempercayai diri anda kaya dan berjaya. Maka minda bawah sedar anda akan percaya dan melahirkannya ke alam nyata. Kata-kata anda menjadi realiti antara cepat dan lambat sahaja.

Selain itu, contoh saranan atau ucapan saya "Tidak Mahu Sakit" tapi hakikatnya tubuh anda semakin hari semakin . Maka ucaplah " Saya Lebih Sihat Dari Sebelumnya". Perkataan "Jangan", "Tidak" tidak dapat cerap oleh minda bawah sedar. Berhati-hati terhadap setiap kata-kata yang diucap.

Manakala Minda Super Sedar sebenarnya membawa kepada muhasabah diri yang mencorakkan hidup anda hasil ketenangan jiwa. Apabila jiwa tenang, emosi positif barulah minda tenang dan menjadi positif. Akhirnya menghasilkan tenaga yang positif untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan cara yang terbaik.


Sekian.


Karimah Abdullah
Kuasai Minda dan Hati
Pasti Akan Kuasai Dunia.





 

No comments:

Post a Comment