Thursday, 12 January 2017

Pengalaman Kerja

Pengalaman Kerja

Teks : Karimah Abdullah

cikkarimahabdullah@gmail.com

cikkarimahabdullah.blogspot.com

Saya bermula kerjaya saya sebagai seorang peniaga ketika zaman belajar di universiti. Antara pengalaman terindah ketika berniaga topup adalah kepuasan menjual kepada pelajar-pelajar luar Malaysia, yang membeli topup banyak sangat sebab rindu keluarga di kampung halaman. Hati ini rasa sayu pula sebab jauh juga dari keluarga tetapi dapat tolong orang hubungi keluarga melalui penjualan topup juga jadi satu kepuasan menjual.

Sepanjang berniaga ketika di universiti, saya turut mengalami pengalaman yang pahit iaitu saya mengalami kerugian lebih RM2000 ketika saya menguruskan projek tempahan tshirt kepada pelajar. Ini menyebabkan saya hilang punca sekejap kerana jumlah itu sangat besar bagi saya sebagai seorang pelajar. 

Tapi alhadulillah, saya mampu menyelesaikan masalah tersebut dengan membayar balik duit-duit tempahan daripada pelajar menggunakan duit hasil perniagaan kecil-kecilan saya. Banyak pengajaran yang saya dapat belajar daripada peristiwa ini seperti jangan meletak kepercayaan kepada supplier 100% walaupun kita dah lama berurus niaga dengan mereka. Kemudian,kena lebih berhati-hati dalam memilih modeh bisnes yang agak besar kosnya. Makin tinggi kos memulakan bisnes, makin tinggi juga risikonya.

Tapi apa yang paling penting dalam berbisnes adalah pelanggan. Utamakan pelanggan adalah prinsip saya, setiap produk-prouduk yang saya jual, semuanya mesti yang saya dah cuba dahulu. Dah cuba dan berkesan kepada diri sendiri, barulah saya mula berkongsi kepada kawan-kawan. Menjual bukan sekadar menghabiskan produk jualan tapi memahami macam mana produk yang kita guna atau jual tu mampu menyelesaikan masalah orang.

Bantu orang selesaikan masalah mereka, duit datang kemudian dan jadika prinsip berniaga pelanggan adalah klien bukan sahaja sebagai pembeli. Fahami mereka dan bantu mereka. InsyaAllah Allah bantu kita dengan membuka lagi pintu-pintu rezeki kita melalui bantuan kita kepada klien-klien kita.

Selain itu juga saya ada pengalam kerja sebagai guru tuisyen. Pada mulanya terjebak mengajar tusiyen hanya kepada adik-adik saya sahaja tapi setelah ada pengalaman mengajar mereka, saya mula membuka kelas individu kepada jiran-jiran yang memerlukan khidmat guru tuisyen di kawasan Kota Bharu.

Kebanyakan kelas-kelas saya memang mengajar mengikut silibus tapi saya menggunakan pendekatan HypnoLearning iaitu menggunakan teknik hipnosis dalam pembelajaran seperti contoh menghafal menggunak otak kanan, teknik menjadikan diri pelajar lebih fokus dan banyak lagi teknik-teknik lain yang saya ajarkan. Alhamdulillah setakat semua pelajar yang saya ajar menunjukkan kesan yang positif terutamanya dari segi sahsiah diri dan penerimaan dalam pembelajaran.

Akhir sekali, saya ingin berkongsi pengalaman saya sebagai hipnoterapis iaitu memandu klien untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan mereka melalui sesi rawatan terapis. Antara kes-kes yang banyak saya rawat adalah yang berkaitan Psychosomatic  seperti  fobia, kurang keyakinan diri, hati tidak tenang.

Sepanjang setahun saya membantu klien-klien saya, saya mendapati kebanyakan penyakit kita berpunca daripada 70% emosi dan selebihnya adalah cara hidup. Kebanyakan daripada kita ditimpa banyak stress atau tekanan kerana tertekan iaitu tidak ingin melepaskan atau memaafkan. Oleh sebab itu, bebanan emosi itu diterjema melalui fizikal badan yang lemah seperti contoh selalu demam, selalu pening, cepat marah, tidak dapat kawal emosi dan boleh membawa kepada penyakit yang lebih terukseperti darah tinggi,strok, kanser dan sebagainya.

Saya bersyukur kerana  Allah memilih saya untuk belajar ilmu ini sekaligus dapat bantu diri saya, keluarga saya dan insyaAllah boleh membantu sahabat-sahabat yang memerlukan.InsyaAllah.

Sekian.



Karimah Abdullah
Kuasa Minda dan Hati,
Pasti Akan Kuasai Dunia 





Wednesday, 11 January 2017

Berniaga : Offline vs Online

Berniaga : Offline vs Online

Teks : Karimah Abdullah

cikkarimahabdullah@gmail.com

cikkarimahabdullah.blogspot.com

Saya mula berniaga kecil-kecilan ketika belajar di universiti kerana ingin menambah duit poket. Pada asalnya hanyalah sekadar menambah duit poket tapi kemudian menjadi minta untuk berniaga. Mungkin kerana faktor genetik juga, ayah saya seorang peniaga. 

Saya bermula dengan menjual produk keperluan seperti topup. Saya menjual di bilik, kepada kawan-kawan satu kuliah menggunkan secara offline seperti pemasaran mulut ke mulut. Alhamdulillah setelah dua tahun menjual topup, saya mula menjual makanan seperti kerepek, kek, roti dan nasi lemak. Saya dan sahabat-sahabat menjaja dari bilik-bilik.

Apabila masuk ke kampus utama di Kuantan saya mula menjual barang-barang kesihatan seperti sabun- sabun beraura, minyak wangi, pemakanan kesihatan kepada kawan-kawan di asrama. Pada waktu ini saya juga mula memasarkan barang-barang perniagaan saya secara online seperti mempromosikannya di Mudah.my dan Majalah.com.

Selain itu, ketika saya menyertai Kelab Usahawan di universiti, saya mula mempromosi produk-produk jualan saya dengan membuka gerai-gerai jualan ketika ada acara-acara penting. Dari situ jugalah, saya mula mengenali pelbagai karakter pelanggan dan mula belajar sedikit demi sedikit tentang pemasaran. 

Saya juga pernah menjual T-shirt untuk pelajar asrama dan ianya projek yang agak besar bagi saya sebagai pelajar kerana melibatkan kuantiti yang banyak dan perlu skill untuk bercakap dan berbincang dengan syarikat printing yang belum pernah saya buat tapi alhamdulillah pengalaman ini mengajar saya untuk memahami selok-belok bisnes printing walaupun pada asalnya saya tiada pengalaman

Alhmadulillah, selepas habis belajar, saya berniaga dengan menjual produk pemakanan kesihatan secara online dan juga secara offline. Zaman sekarang, bagi memasarkan produk, kedua-kedua medium sangat penting kerana boleh mengurangkan kos pemasaran untuk sesuatu produk kerana kebanyakan medium online menggunakan media sosial yang percuma seperti facebook,instagram dan whatssap.


Sekian.


Karimah Abdullah
Kuasai Minda dan Hati,
Pasti Akan Kuasai Dunia. 



Ebook Asas Blog Penulisan

Ebook Asas Blog Penulisan

Teks : Karimah Abdullah

cikkarimahabdullah@gmail.com

cikkarimahabdullah.blogspot.com

Alhamdulillah, saya telah selesai membaca ebook "Asas Blog Penulisan" yang ditulis oleh Puan Masayu Ahmad. Ebook setebal 99 muka surat ini menceritakan tentang asa penulisan blog secara terperinci dan teratur. Ini pertama kali saya menyertai kelas asas blog penulisan secara online dan saya rasa amat bersyukur kerana ditemukan dengan mentor atau cikgu yang sangat komited dalam membantu saya dan sahabat-sahabat dalam menambah baik penulisan dalma blog. Terima kasih kak Masayu Ahmad.

Secara ringkasnya, ebook ini menceritakan langkah demi langkah dalam membina penulisan yang berpengaruh melalui blog. Ini kerana blog merupakan tempat yang sesuai untuk melatih diri dalam bidang penulisan dan sangat penting untuk penjenamaan diri. Selain itu juga, informasi yang dikongsi mampu memberi manfaat kepada pembaca, maka secara tidak langsung kita dapat menjana "saham akhirat".

Langkah yang paling penting yang dikongsi dalam ebook ini adalah penggunaan emel dalam membina blog. Langkah pertama sebelum membina blog adalah membina emel yang melambangkan siapa diri penulis yang sebenar. Apa yang paling penting adalah membina emel mengguna nama sebenar bagi meningkatkan kredibiliti penulis tersebut.

Langkah seterusnya adalah mengenal pasti niche atau tema apa yang ingin ditulis dalam blog seperti tema motivasi, kesihatan, catatan kehidupan, makanan dan sebagainya. Pilih tema paling dekat di hati penulis bagi mengekalkan momentum penulisan di blog. Selain itu, penulsi juga perlu meletakkan matlamat untuk menerbitkan ebook atau buku hasil gabungan daripada entri-entri yang ditulis di blog sebagai salah satu sumber pendapatan.

 Antara langkah yang penting dalam mendapatkan idea-idea penulisan adalah dengan menulis idea-idea di dalam buku nota sebelum menulisnya di blog. Langkah ini memerlukan latihan bagi mengelakkan ketandusan idea. Selain itu, bagi memastikan blog sentiasa kelihatan segar dengan informasi terkini, maka penulis perlu sentiasa mengemas kini blog dengan maklumat-maklumat terkini.

Akhirnya, setiap kemajuan atau kejayuan perlu ada kayu ukur atau temph untuk dicapai bagi memastikan diri penulis sentiasa bersemangat dalam menulis dan aura itu dapat dirasai oleh para pembaca kerana setiap dari manusia mempunyai aura yang boleh merasai walaupun melalui penulisan. 

Sekian.


Karimah Abdullah,
Kuasai Minda dan Hati,
Pasti Akan Kuasai Dunia







      















Salam Perkenalan

Salam Perkenanalan  

Teks : Karimah Abdullah

cikkarimahabdullah@gmail.com


cikkarimahabdullah.blogspot.com





Salam perkenalan dari saya Karimah Abdullah.Nama mesra saya Karimah. Saya dilahirkan pada tahun 1990 dan merupakan anak sulung daripada tujuh orang adik-beradik. Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Islam Kiblah (1997- 2002), Sekolah Menengah Naim Lilbanat (2003-2007). Kemudian saya melanjutkan pengajian ke Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa di Petaling Jaya (2008-2010). Akhirnya saya menyambung pengajian dalam bidang Sarjana Muda Bioteknologi selama empat tahu di Universiti Islam Antarabangsa, Kampus Kuantan.

Selepas tamat pengajian pada Julai 2014, saya mengambil keputusan untuk buat bisnes atu mencari kerja yang membolehkan saya tinggal di rumah. Sepanjang saya berada di rumah, sayabanyak menjual barang kesihatan secara online kerana saya memang minat dalam bisnes. Lagipun ayah saya memang seorang peniaga dan mak seorang suri rumah.

Kebetulan pada masa yang sama, adik saya yang kedua bongsu akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun 2015. Jadi, mak saya minta tolong saya untuk mengajar adik saya disebabkan adik saya sangat lemah dalam pelajaran. Jadi bermulanya, bulan Ogos 2014, saya mula mengajar adik saya. Saya bukanlah seorang yang jenis suka mengajar tapi disebabkan kesian, saya ambil tanggungjawab. Alhamdulillah selepas 6 bulan mengajar adik saya, dia dah boleh mula baca buku dan rajin ke sekolah.

Dari pengalaman mengajar adik saya, saya dapat belajr banyak tentang psikologi kanak-kanak. Rupa-rupanya, adik saya selama ini tak pandai membaca disebabkan dia ada minor Disleksia iaitu tertukar huruf  " b" dan "d". Kemungkinan besar cikgu tidak perasan hal ini. Disebabkan selalu dibandingkan dengan kawan-kawan yang lain, tahap konfiden dirinya telah turun dan menyebabkan dia selalu tak mahu pergi ke sekolah.

Tapi Alhamdulillah dengan izin Allah, adik saya dah boleh membaca dan mendapat keputusan A dalam Bahasa Melayu (Pemahaman) dan B dalam Bahasa Melayu (Penulisan). Dari pengalaman melihat adik berjaya boleh membaca dan rajin ke sekolah menyebabkan saya berminat mengajar. Jadi, saya mula mengajar tuisyen kepada jiran-jiran yang berdekatan.

Manakala, pada akhir 2015, saya mengambil keputusan untuk mengambil sijil sebagai seorang hipnoterapis untuk meningkatkan kualiti hidup diri dan keluarga. Bermula dengan sijil asas sebagai Certified Hypnotist (CH), kemudian Advanced Ceritfied Hypnotherapy (CHt) dan Certified Master Hypnotist (CMH). Saya mengambil sijil ini sebenarnya kerana ingin mengenali dan belajar tentang kuasa minda yang membantu membantu dalam memperbaiki diri untuk lebih berjaya dalam mencapai impian. Di samping, membantu adik-adik menggunakan kuasa minda dalam proses pembelajaran.

Saya mengambil sijil ini semasa mak saya diserang angin ahmar (strok) dan alhamdulillah dengan izin Allah saya menggunakan segala ilmu yang dipelajari dalam membantu mak saya kembali sihat. Alhamdulillah sekarang, mak saya semakin sihat. Sebab saya percaya "Setiap yang berlaku pasti bersebab" kerana dunia dicipta sebagai " Darul Asbab". Setiap ujian pasti ada hikmahnya. Itulah hikmah yang saya nampak, dapat belajar ilmu kuasa minda di saat diri diuji dengan ibu yang sakit.

Saya memang minat membaca buku-buku motivasi perniagaan, motivasi pembangunan diri, buku- buku tentang kuasa minda, buku-buku hipnoterapi, buku-buku motivasi keibubapaan. Setiap buku-buku ini memberi saya inspirasi dalam menjalani cabaran-cabaran dalam kehidupan. Selain itu juga, membaca buku juga menjadi terapi minda untuk diri saya untuk memperbaiki diri menjadi lebih berjaya dalm bidang yang diceburi.

Semoga blog ini menjadi "anchor" atau " pasak" dalam term hipnosis untuk saya lebih bersemangat berkongsi pelbagai informasi tentang motivasi dan kuasa minda yang mungkin dapat membantu sahab-sahabat semua. Semoga bermanfaat untuk ilmu dunia dan akhirat.


Sekian.














 

Karimah Abdullah
Kuasai Minda dan Hati,
Pasti Akan Kuasai Dunia.