Wednesday, 11 January 2017

Berniaga : Offline vs Online

Berniaga : Offline vs Online

Teks : Karimah Abdullah

cikkarimahabdullah@gmail.com

cikkarimahabdullah.blogspot.com

Saya mula berniaga kecil-kecilan ketika belajar di universiti kerana ingin menambah duit poket. Pada asalnya hanyalah sekadar menambah duit poket tapi kemudian menjadi minta untuk berniaga. Mungkin kerana faktor genetik juga, ayah saya seorang peniaga. 

Saya bermula dengan menjual produk keperluan seperti topup. Saya menjual di bilik, kepada kawan-kawan satu kuliah menggunkan secara offline seperti pemasaran mulut ke mulut. Alhamdulillah setelah dua tahun menjual topup, saya mula menjual makanan seperti kerepek, kek, roti dan nasi lemak. Saya dan sahabat-sahabat menjaja dari bilik-bilik.

Apabila masuk ke kampus utama di Kuantan saya mula menjual barang-barang kesihatan seperti sabun- sabun beraura, minyak wangi, pemakanan kesihatan kepada kawan-kawan di asrama. Pada waktu ini saya juga mula memasarkan barang-barang perniagaan saya secara online seperti mempromosikannya di Mudah.my dan Majalah.com.

Selain itu, ketika saya menyertai Kelab Usahawan di universiti, saya mula mempromosi produk-produk jualan saya dengan membuka gerai-gerai jualan ketika ada acara-acara penting. Dari situ jugalah, saya mula mengenali pelbagai karakter pelanggan dan mula belajar sedikit demi sedikit tentang pemasaran. 

Saya juga pernah menjual T-shirt untuk pelajar asrama dan ianya projek yang agak besar bagi saya sebagai pelajar kerana melibatkan kuantiti yang banyak dan perlu skill untuk bercakap dan berbincang dengan syarikat printing yang belum pernah saya buat tapi alhamdulillah pengalaman ini mengajar saya untuk memahami selok-belok bisnes printing walaupun pada asalnya saya tiada pengalaman

Alhmadulillah, selepas habis belajar, saya berniaga dengan menjual produk pemakanan kesihatan secara online dan juga secara offline. Zaman sekarang, bagi memasarkan produk, kedua-kedua medium sangat penting kerana boleh mengurangkan kos pemasaran untuk sesuatu produk kerana kebanyakan medium online menggunakan media sosial yang percuma seperti facebook,instagram dan whatssap.


Sekian.


Karimah Abdullah
Kuasai Minda dan Hati,
Pasti Akan Kuasai Dunia. 



No comments:

Post a Comment