Wednesday 11 January 2017

Ebook Asas Blog Penulisan

Ebook Asas Blog Penulisan

Teks : Karimah Abdullah

cikkarimahabdullah@gmail.com

cikkarimahabdullah.blogspot.com

Alhamdulillah, saya telah selesai membaca ebook "Asas Blog Penulisan" yang ditulis oleh Puan Masayu Ahmad. Ebook setebal 99 muka surat ini menceritakan tentang asa penulisan blog secara terperinci dan teratur. Ini pertama kali saya menyertai kelas asas blog penulisan secara online dan saya rasa amat bersyukur kerana ditemukan dengan mentor atau cikgu yang sangat komited dalam membantu saya dan sahabat-sahabat dalam menambah baik penulisan dalma blog. Terima kasih kak Masayu Ahmad.

Secara ringkasnya, ebook ini menceritakan langkah demi langkah dalam membina penulisan yang berpengaruh melalui blog. Ini kerana blog merupakan tempat yang sesuai untuk melatih diri dalam bidang penulisan dan sangat penting untuk penjenamaan diri. Selain itu juga, informasi yang dikongsi mampu memberi manfaat kepada pembaca, maka secara tidak langsung kita dapat menjana "saham akhirat".

Langkah yang paling penting yang dikongsi dalam ebook ini adalah penggunaan emel dalam membina blog. Langkah pertama sebelum membina blog adalah membina emel yang melambangkan siapa diri penulis yang sebenar. Apa yang paling penting adalah membina emel mengguna nama sebenar bagi meningkatkan kredibiliti penulis tersebut.

Langkah seterusnya adalah mengenal pasti niche atau tema apa yang ingin ditulis dalam blog seperti tema motivasi, kesihatan, catatan kehidupan, makanan dan sebagainya. Pilih tema paling dekat di hati penulis bagi mengekalkan momentum penulisan di blog. Selain itu, penulsi juga perlu meletakkan matlamat untuk menerbitkan ebook atau buku hasil gabungan daripada entri-entri yang ditulis di blog sebagai salah satu sumber pendapatan.

 Antara langkah yang penting dalam mendapatkan idea-idea penulisan adalah dengan menulis idea-idea di dalam buku nota sebelum menulisnya di blog. Langkah ini memerlukan latihan bagi mengelakkan ketandusan idea. Selain itu, bagi memastikan blog sentiasa kelihatan segar dengan informasi terkini, maka penulis perlu sentiasa mengemas kini blog dengan maklumat-maklumat terkini.

Akhirnya, setiap kemajuan atau kejayuan perlu ada kayu ukur atau temph untuk dicapai bagi memastikan diri penulis sentiasa bersemangat dalam menulis dan aura itu dapat dirasai oleh para pembaca kerana setiap dari manusia mempunyai aura yang boleh merasai walaupun melalui penulisan. 

Sekian.


Karimah Abdullah,
Kuasai Minda dan Hati,
Pasti Akan Kuasai Dunia







      















No comments:

Post a Comment