Wednesday, 11 January 2017

Salam Perkenalan

Salam Perkenanalan  

Teks : Karimah Abdullah

cikkarimahabdullah@gmail.com


cikkarimahabdullah.blogspot.com





Salam perkenalan dari saya Karimah Abdullah.Nama mesra saya Karimah. Saya dilahirkan pada tahun 1990 dan merupakan anak sulung daripada tujuh orang adik-beradik. Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Islam Kiblah (1997- 2002), Sekolah Menengah Naim Lilbanat (2003-2007). Kemudian saya melanjutkan pengajian ke Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa di Petaling Jaya (2008-2010). Akhirnya saya menyambung pengajian dalam bidang Sarjana Muda Bioteknologi selama empat tahu di Universiti Islam Antarabangsa, Kampus Kuantan.

Selepas tamat pengajian pada Julai 2014, saya mengambil keputusan untuk buat bisnes atu mencari kerja yang membolehkan saya tinggal di rumah. Sepanjang saya berada di rumah, sayabanyak menjual barang kesihatan secara online kerana saya memang minat dalam bisnes. Lagipun ayah saya memang seorang peniaga dan mak seorang suri rumah.

Kebetulan pada masa yang sama, adik saya yang kedua bongsu akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun 2015. Jadi, mak saya minta tolong saya untuk mengajar adik saya disebabkan adik saya sangat lemah dalam pelajaran. Jadi bermulanya, bulan Ogos 2014, saya mula mengajar adik saya. Saya bukanlah seorang yang jenis suka mengajar tapi disebabkan kesian, saya ambil tanggungjawab. Alhamdulillah selepas 6 bulan mengajar adik saya, dia dah boleh mula baca buku dan rajin ke sekolah.

Dari pengalaman mengajar adik saya, saya dapat belajr banyak tentang psikologi kanak-kanak. Rupa-rupanya, adik saya selama ini tak pandai membaca disebabkan dia ada minor Disleksia iaitu tertukar huruf  " b" dan "d". Kemungkinan besar cikgu tidak perasan hal ini. Disebabkan selalu dibandingkan dengan kawan-kawan yang lain, tahap konfiden dirinya telah turun dan menyebabkan dia selalu tak mahu pergi ke sekolah.

Tapi Alhamdulillah dengan izin Allah, adik saya dah boleh membaca dan mendapat keputusan A dalam Bahasa Melayu (Pemahaman) dan B dalam Bahasa Melayu (Penulisan). Dari pengalaman melihat adik berjaya boleh membaca dan rajin ke sekolah menyebabkan saya berminat mengajar. Jadi, saya mula mengajar tuisyen kepada jiran-jiran yang berdekatan.

Manakala, pada akhir 2015, saya mengambil keputusan untuk mengambil sijil sebagai seorang hipnoterapis untuk meningkatkan kualiti hidup diri dan keluarga. Bermula dengan sijil asas sebagai Certified Hypnotist (CH), kemudian Advanced Ceritfied Hypnotherapy (CHt) dan Certified Master Hypnotist (CMH). Saya mengambil sijil ini sebenarnya kerana ingin mengenali dan belajar tentang kuasa minda yang membantu membantu dalam memperbaiki diri untuk lebih berjaya dalam mencapai impian. Di samping, membantu adik-adik menggunakan kuasa minda dalam proses pembelajaran.

Saya mengambil sijil ini semasa mak saya diserang angin ahmar (strok) dan alhamdulillah dengan izin Allah saya menggunakan segala ilmu yang dipelajari dalam membantu mak saya kembali sihat. Alhamdulillah sekarang, mak saya semakin sihat. Sebab saya percaya "Setiap yang berlaku pasti bersebab" kerana dunia dicipta sebagai " Darul Asbab". Setiap ujian pasti ada hikmahnya. Itulah hikmah yang saya nampak, dapat belajar ilmu kuasa minda di saat diri diuji dengan ibu yang sakit.

Saya memang minat membaca buku-buku motivasi perniagaan, motivasi pembangunan diri, buku- buku tentang kuasa minda, buku-buku hipnoterapi, buku-buku motivasi keibubapaan. Setiap buku-buku ini memberi saya inspirasi dalam menjalani cabaran-cabaran dalam kehidupan. Selain itu juga, membaca buku juga menjadi terapi minda untuk diri saya untuk memperbaiki diri menjadi lebih berjaya dalm bidang yang diceburi.

Semoga blog ini menjadi "anchor" atau " pasak" dalam term hipnosis untuk saya lebih bersemangat berkongsi pelbagai informasi tentang motivasi dan kuasa minda yang mungkin dapat membantu sahab-sahabat semua. Semoga bermanfaat untuk ilmu dunia dan akhirat.


Sekian.














 

Karimah Abdullah
Kuasai Minda dan Hati,
Pasti Akan Kuasai Dunia.

No comments:

Post a Comment